UNIT 1: IDENTITI DIRI
- Identiti diri merupakan gambaran keseluruhan tentang seseorang dan matlamat hidup yang ingin dicapainya.
- Setiap individu juga mempunyai potensi diri iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi.
CARA-CARA MENGEMBANGKAN POTENSI DIRI
- Mengenalpasti potensi diri.
- Mencatatkan perkembangan diri.
- Menghubungkan potensi diri dengan cita-cita.
- Mengambil daya usaha untuk mencapai cita-cita.
UNIT 2: PENYELESAIAN KONFLIK
Penyelesaian Konflik
- Berkongsi masalah dengan individu yang dipercayai.
- Berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.
- Menjaga maruah diri.
- Bijak memilih rakan.
- Berkongsi minat dan pengalaman
Sikap Asertif
- Tegas
- Mempunyai harga diri
- Tidak terpengaruh dengan ajakan negatif rakan.
- Berfikir dengan matang.
- Menjauhi tingkah laku antisosial.
- Berupaya menimbangkan baik buruk sesuatu keputusan.
TEMA 2: KELUARGA BAHAGIA
CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA
- Saling menyayangi sesama keluarga.
- Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab.
- Peka terhadap perasaan anggota keluarga.
- Amalan gaya hidup yang sihat.
- Perlakuan yang beradab.
CARA MEMBINA KELUARGA BAHAGIA
- Mengingati hari istimewa dalam keluarga.
- Berkomunikasi secara sopan.
- Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti keluarga.
- Menjaga keselamatan anggota keluarga.
- Menghargai anggota keluarga.
- Menjaga kebersihan rumah/ persekitaran.
TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT
BANGGA TERHADAP SEKOLAH
· Mengenali sejarah/identiti sekolah.
· Menghargai budaya sekolah.
· Menjaga keceriaan sekolah.
· Belajar bersungguh-sungguh.
· Berbakti kepada sekolah.
CONTOH-CONTOH BUDAYA SEKOLAH
a. Budaya Sekolah Berdisiplin
- Beratur dengan tertib.
- Ponteng sifar.
- Kes salah laku yang minima.
- Ketepatan waktu.
b. Budaya Sekolah dalam Taman
- Kebersihan dan keindahan persekitaran.
- Amalan Kitar Semula.
c. Budaya Sekolah Penyayang
- Kempen warga sekolah penyayang.
- Program mentor-mentee
- Tabung penyayang.
- Bantuan Kebajikan.
- Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
d.Budaya Sekolah Cemerlang Kokurikulum
- Cemerlang dalam aktiviti sukan.
- Aktif dalam aktiviti, kelab, persatuan dan unit uniform.
- Mengambil bahagian dalam program komuniti.
PENJAGAAN DAN PENINGKATAN IMEJ SEKOLAH
- Penglibatan diri dalam aktiviti sekolah.
- Sahsiah dan sikap yang positif.
- Mematuhi peraturan sekolah.
- Memberi sokongan moral.
- Mengharumkan nama sekolah.
- Menghormati warga sekolah.
CIRI-CIRI/SIKAP MURID YANG POSITIF
- Menjaga dan meningkatkan imej sekolah
- Sentiasa berdisiplin.
- Menghormati pendapat komuniti sekolah.
- Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat.
KEBAIKAN SAHSIAH DAN SIKAP POSITIF MURID KEPADA SEKOLAH
- Sekolah menjadi tempat yang selamat dan selesa untuk belajar.
- Sekolah menjadi tempat kecemerlangan murid.
- Sekolah mendapat sokongan daripada ibubapa dan komuniti di sekitar sekolah.
- Peningkatan budaya ilmu.
- Budaya penyayang dapat dipupuk.
TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM
CIRI-CIRI CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM.
- Disampaikan oleh tukang cerita atau penglipurlara.
- Berdasarkan kehidupan masyarakat setempat.
- Mengandungi teladan dan nasihat yang berguna.
- Disampaikan dari mulut ke mulut.
JENIS-JENIS CERITA RAKYAT
- Cerita hikayat.
- Cerita asal usul.
- Cerita jenaka.
- Cerita binatang.
- Cerita kepahlawanan.
- Cerita lipur lara.
TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT
PRINSIP-PRINSIP UTAMA DALAM PEMBENTUKAN KERAJAAN DEMOKRASI.
- Proses pilihan raya.
- Hak-hak asasi individu terjamin.
- Persamaan dan keadilan.
- Kepelbagaian budaya dalam masyarakat.
- Membentuk dan melaksanakan dasar-dasar negara.
- Warganegara yang patriotik.
- Ketelusan dalam membuat keputusan.
CIRI-CIRI NEGARA DEMOKRASI
RAJA BERPERLEMBAGAAN
- Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ditetapkan oleh perlembagaan dan undang-undang.
PILIHAN RAYA
- Rakyat diberi peluang untuk melibatkan diri dalam proses pemerintahan melalui wakil-wakil yang dipilih.
BADAN PERUNDANGAN
- Dewan Rakyat dan Dewan Negara berfungsi untuk menggubal undang-undang di peringkat Persekutuan.
PARTI-PARTI POLITIK
- Memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara dan memperjuangkan hak kea rah pemerintahan sebuah negara demokrasi yang makmur dan stabil.
BADAN PELAKSANA
- Kabinet berfungsi sebagai badan penggubal dasar negara yang tertinggi dan melaksanakan kuasa eksekutif.
BADAN KEHAKIMAN
- Berfungsi untuk mentafsirkan undang-undang dan menjatuhkan hukuman.
TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN
KESINAMBUNGAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
CABARAN MENGEKALKAN KESINAMBUNGAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
- Perpaduan kaum.
- Kelestarian alam sekitar.
- Kesedaran Sivik.
- Empati terhadap golongan kurang berupaya.
KESEDARAN SIVIK
- Memelihara kepentingan semua pihak.
- Menjaga kemudahan awam.
- Mematuhi peraturan dan undang-undang.
- Memulihara dan mengekalkan alam sekitar
- Pembangunan infrastruktur.
MASYARAKAT SEJAHTERA TAHUN 2020
- Masyarakat ICT
- Memelihara kelestarian alam sekitar.
- Sistem pengangkutan yang canggih.