Apabila mendengar perkataan ‘inovasi’, ramai orang menganggap bahawa ianya mesti melibatkan teknologi yang canggih. Contoh yang jelas ialah pembuatan kereta, pen al-quran, kapal terbang sonik, facebook, Google+, Lot.my dan macam-macam lagi.
Pendek kata, ramai menganggap bahawa untuk inovasi itu berlaku, mesti melibatkan penghasilan produk IT atau kejuruteraan.
Ringkasnya, daripada pelbagai pengertian dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai:-
• Merupakan penghasilan baru
• Berbentuk maujud dan mujarad
• Berdasarkan proses penyusunan semula
• Dengan menggunakan unsur yang sedia ada
• Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai
Pemikiran kreatif dan inovatif dijadikan penguasaan asas ilmu dalam kalangan guru untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar. Definisi pemikiran kreatif dan inovatif menurut George, 1970 ialah pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks (Edward de Bono,1997). Beliau juga mengaitkan pemikiran kreatif dan inovatif dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.
Pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan proses kreatif dan inovatif. Dan pelbagai strategi dan pendekatan yang telah dicadang.
Bertemu lagi dalam perbincangan seterusnya...Dan perhatikan senario syarikat gergasi antarabangsa dalam inovasi mereka.