Monday, 10 October 2011

Khidmat Masyarakat Menceriakan Persada Iskandar

Aktiviti yang telah dirancang 2 minggu lepas telah berjaya dilaksanakan pada hari sabtu bersamaan 8 oktober 2011. Aktiviti ini telah dibimbing oleh Ustazah Junaidah, Pn Suriyani dan Cikgu Khairul Nazri. Terima kasih kepada palajar 2 RK4 dan 4 Gamma yang turut sama menjayakan aktiviti ini. Kerjasama semua pihak amat kami hargai.







Semua pelajar mengamalkan sikap bekerjasama 

















Selepas penat bekerja, tiba masa untuk berehat sambil menjamu selera


Suasana baru Persada Iskandar yang lebih ceria

Monday, 3 October 2011

Persada Iskandar Bakal Ceria

1.0    Nama Aktiviti

Menceriakan Persada Iskandar, SMKIS.                                                             

2.0    Anjuran
Panitia Sivik SMKIS

3.0    Sasaran
Pelajar Tingkatan Empat SMKIS ( 4 Gama & 4 MPV )

4.0    Objektif
4.1    Menceriakan kawasan sekolah
4.2    Menanam semangat patriotik di kalangan warga SMKIS
4.3    Memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar tingkatan 4.
4.4    Menghijaukan alam sekitar.

5.0    Tarikh pelaksanaan
1 dan 8 Oktober 2011

6,0   Cadangan Aktiviti
               6.1   Menghias sudut-sudut Persada Iskandar
               6.2   Menanam pokok-pokok yang sesuai
6.3     Mengecat semula tiang-tiang roman Persada Iskandar
              
7.0     Peralatan yang diperlukan :  

7.1   Pasu                                                                                    
7.2   Pokok palma                                          
7.3   Pokok keladi                                          
7.4.  Tanah / baja                                        
7.5   Makan dan minum pelajar               
7.6   Rencam ( penyodok tanah dll.)