Tuesday, 22 May 2012

INOVASI......................apa maksudnya dan kenapa perlu?


Apabila mendengar perkataan ‘inovasi’, ramai orang menganggap bahawa ianya mesti melibatkan teknologi yang canggih. Contoh yang jelas ialah pembuatan kereta, pen al-quran, kapal terbang sonik, facebook, Google+, Lot.my dan macam-macam lagi.

Pendek kata, ramai menganggap bahawa untuk inovasi itu berlaku, mesti melibatkan penghasilan produk IT atau kejuruteraan.


Ringkasnya, daripada pelbagai pengertian dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai:-

• Merupakan penghasilan baru
• Berbentuk maujud dan mujarad
• Berdasarkan proses penyusunan semula
• Dengan menggunakan unsur yang sedia ada
• Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai


Pemikiran kreatif dan inovatif dijadikan penguasaan asas ilmu dalam kalangan guru untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar. Definisi pemikiran kreatif dan inovatif menurut George, 1970 ialah pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks (Edward de Bono,1997). Beliau juga mengaitkan pemikiran kreatif dan inovatif dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.



Pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan proses kreatif dan inovatif.  Dan pelbagai strategi dan pendekatan yang telah dicadang.

Bertemu lagi dalam perbincangan seterusnya...Dan perhatikan senario syarikat gergasi antarabangsa dalam inovasi mereka.

Wednesday, 11 April 2012

KURIKULUM DAN KOKURIKULUM - SEIMBANGKAH?

oleh Azman Adnan@azman2020.blogspot.com

Ramai di kalangan kita bersetuju bahawa Intelligence Quotient (IQ) adalah tersangat penting dalam menentukan kejayaan seseorang dalam mengharungi alam persekolahan. Kita selalu lupa tentang kepentingan satu lagi faktor iaitu Emotional Quotient (EQ) yang diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1990. Dipercayai ia merupakan satu faktor yang sangat penting dalam menentukan kejayaan seseorang dalam alam kehidupan sebenar. Untuk memperolehi pekerjaan memerlukan kelayakan dalam akademik tetapi untuk terus maju dalam kerjaya harus cekap bermain dengan perasaan.




Ramai juga bersetuju bahawa IQ seseorang pelajar boleh dikembangkan melalui kegiatan kokurikulum. Ini kerana kegiatan tambahan kurikulum mencakupi bidang-bidag pengalaman yang tidak dibatasi oleh kegiatan kurikulum. Kegiatan kokurikulum merupakan pelengkap kepada kurikulum. Secara langsung atau tidak langsung kegiatan kokurikulum menjadikan seseorang pelajar mempunyai sahsiah yang bukan sahaja sangup menempuh cabaran-cabaran alam persekolahan tetapi lebih bersedia mengharungi liku-liku dalam alam kehidupan.

Isunya sekarang, kejayaan yang manakah harus diutamakan oleh pelajar-pelajar? Berjaya dalam alam persekolahankah atau berjaya dalam kehidupan? Yang unggul, tentulah dalam kedua-dua alam (persekolahan dan kehidupan). Kalau begitu adakah kita telah benar-benar memberi keutamaan sama rata dalam kurikulum dan kokurikulum kepada anak-anak kita ini?

Di sekolah, lantaran kita mempunyai dasar yang jelas berkaitan pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 dan surat-surat pekeliling berkaitan dengannya, pastinya tidak menjadi apa-apa halangan untuk melaksanakannya. Walau bagaimanapun sejauhmanakah pelajar memberi keutamaan yang sama untuk mengikuti semua aktiviti kokurkulum ini seperti mereka menghadiri kegiatan kurikulum termasuk kelas tambahan/tuisyen dan sebagainya? Sejauhmanakah kehadiran pelajar ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum ini pada hari sabtu atau hari-hari yang ditetapkan 100% seperti mereka hadir untuk sesi pembelajaran? Malah kedengaran ada pelajar yang tidak dapat menghadiri aktiviti kokurikulum (unit uniform, sukan permainan dan persatuan kelab) kerana tiada sokongan kuat daripada ibu bapa/penjaga sendiri - ibu bapa lebih suka anak menghadiri kelas tuisyen atau tidak menyediakan kemudahan pengangkutan untuk anak ke sekolah menghadiri aktiviti kokurikulum - itu yang sering dijawab oleh anak-anak apabila ditanya kegagalan hadir aktiviti kokurikulum.

Hal ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak termasuk golongan pendidik, pelajar dan ibu bapa/penjaga. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaa telah jelas disebut bahawa matlamat pendidikan negara secara ringkas adalah untuk melahirkan individu yang sahsiahnya seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang sudah pasti perlu diperkembangkan sama rata. Justeru, bidang kokurikulum juga perlu diberi perhatian yang sama rata jika kita inginkan anak-anak kita memiliki ketrampilan yang pelbagai. Cabaran kerjaya dan kehidupan pada masa depan bukan bergantung sepenuhnya kepada kecerdasan dan pencapaian akademik sahaja tetapi lebih memerlukan gandingan ketrampilan komunikasi, kebolehan/keupayaan bekerja, keupayaan merancang dan berfikir jauh ke depan, tahan menempuh cabaran, membuat keputusan yang singkat dan tepat dan serba boleh. Sebab itulah ada graduan yang baik pencapaiannya dalam akademik tetapi masih tidak mempunyai pekerjaan kerana tidak memiliki ketrampilan lain yang diinginkan oleh pasaran kerja sekarang.

Saya pernah berjumpa dengan seorang bekas pelajar saya yang cukup aktif semasa di sekolah. Beliau bukan sahaja berketrampilan sebagai Pengawas tetapi aktif dalam unit beruniform, menjadi wartawan sekolah dan sentiasa bersedia membantu dalam apa juga aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Menurutnya apabila beliau menamatkan pengajian di universiti dan masuk ke pasaran kerja, elemen yang paling banyak membantu beliau mendapat pekerjaan ialah sijil-sijil dan pengalaman serta ketrampilan yang diperoleh dalam pelbagai aktiviti kokurikulum semasa di sekolah dan universiti. Bakat beliau banyak diasah dan dikembangkan melalui pengalaman langsung terlibat dalam pelbagai aktiviti kokurikulum yang menjadikannya tahan lasak dan kompetetif dengan keperluan semasa. Kelayakan akademik bagi beliau hanyalah satu tiket untuk melayakkan seseorang masuk ke pasaran kerja. Apatah lagi kini banyak kerjaya yang merentas kurikulum. Graduan bidang kesusasteraan tidak semestinya menjadi guru atau penulis tetapi berupaya menjadi pengurus, eksekutif, pegawai perhubungan awam, CEO dan sebagainya.

Guru di sekolah telah menjalankan tugas profesionalnya selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pelajar sudah sewajarnya memberikan komitmen yang seimbang dalam menunaikan taggungjawab mereka sebagai pelajar dan ibu bapa/penjaga pula seharusnya melihat mereka sebagai penyokong dan pendokong kepada anak-anak untuk mengikuti semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum secara seimbang din sekolah dan di luar sekolah. Bantulah anak-anak untuk mencapai kecemerlangan diri dan bukan sekadar cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM sahaja.

Kita perlu melihat impak pendidikan akan diperoleh sama ada secara langsung atau tidak langsung. Melalui pembelajaran dalam bilik darjah anak-anak akan akan memperoleh input intelektuan manakala melalui aktiviti kokurikulum anak-anak memperoleh ilmu untuk 'survival' diri, emosi dan kehidupan. Saya teringat apabila anak saya balik dari sekolah dengan penuh kegembiraan membawa surat dari sekolah kerana berpeluang mengikuti perkhemahan di sekolahnya. Dua hari sebelum berkhemah semua persediaan untuk berkhemah telah disediakan sendiri - khemah, alatan memasak, lampu picit, baju hujan dan sebagainya. Di sekolah anak-anak ini diajar survival hidup - memasang khemah, memasak, kerja berkumpulan, solat berjemaah dan sebagainya yang semuanya adalah untuk memenuhi ketrampilan diri insan. Ini semua sebenarnya tidak mampu kita sediakan di rumah sebaliknya boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah. Oleh itu kita hendaklah memberikan sokongan yang sepenuhnya agar anak-anak kita terlibat dengan pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Malah langkah Kementerian Pelajaran mengalakkan murid sekolah memakai pakaian seragam pada setiap hari rabu mempunyai impak tersembunyi menjadikan pelajar kita lebih berkeyakinan, kemas dan berwibawa. Elemen ini tidak akan dapat menampakkan kesan dalam masa singkat tetapi apabila ianya telah terbudaya dan menjadi amalan maka komitmen dan daya tahan anak-anak akan semakin berterusan. Inilah yang dinamakan pendidikan. Kita perlu memberi peluang kepada anak-anak kita untuk menikmati alam persekolahan dengan mengasah mengasuh bakat dan ketrampilan diri untuk masa depan mereka. Kita tidak perlu terlalu konsevatif dengan pengalaman yang pernah kita lalui dahulu.

Secara sedar atau tidak dahulu semasa kita hidup di kampung ibu bapa kita tidak pernah melarang untuk kita terlibat dengan aktiviti melastik burung, bermain tutup mata, galah panjang, bermain pondok-pondok, mandi di sungai dan sebagainya. Mereka memberi kebenaran asalkan kita tahu mengurus masa dengan betul - perlu pergi sekolah, tidak abaikan solat, tidak ponteng mengaji dan tidak membahayakan keselamatan. Itu semua adalah realiti kepada aktiviti kokurikulum yang yang dilaksanakan oleh sekolah pada masa kini. Aktiviti perkhemahan contohnya adalah manifesstasi kepada aktiviti-aktiviti kita semasa di kampung satu ketika dulu. Mahukah kita lihat anak kita yang membesar dengan lingkungan permainan dalam rumah (playstation, internet dan lain-lain) sahaja tetapi tidak berupaya menempuh cabaran hidup yang semakin hebat di luar sana satu ketika nanti?

Friday, 2 March 2012

Pemuda Ketika Ini...

Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar
Generasi muda tonggak masa depan bantu pertahan kesucian, kedaulatan agama, bangsa dan negara.
BELIA adalah kumpulan yang menjadi tenaga utama dalam sesebuah negara. Malah jika ditelusuri sejarah syiar Islam sejak era Rasulullah lagi, golongan pemuda atau belia adalah tonggak dalam membantu perjuangan menegakkan agama Islam. Di samping itu, al-Quran banyak menceritakan perjuangan Nabi dan Rasul yang semua daripada kalangan pemuda. Kata Ibnu Abbas: �Tidak ada seorang Nabi pun yang diutuskan Allah, melainkan ia dipilih dalam kalangan pemuda (belia) iaitu yang berumur antara 30-40 tahun. Begitu jugalah tidak seorang alim yang diberikan ilmu, melainkan ia dari kalangan pemuda.� Kita selalu membaca kisah golongan belia yang dipaparkan al-Quran seperti Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud. Misalnya Ashabul Kahfi, al-Quran menceritakan nilai iman dan ketakwaan golongan belia yang melarikan diri daripada pemimpin Mustakbirin yang hanya mementingkan aspek material dan keduniaan semata-mata. 
Mereka berbuat demikian bukan kerana takut sebaliknya kerana ingin memelihara dan menjaga iman dan takwa kepada Allah. Dalam sejarah Rasulullah, sahabat Baginda yang sentiasa membantu dan berada di barisan hadapan mempertahankan Islam adalah belia. Walaupun ada kalangan mereka itu masih muda dan remaja, namun kecintaan mereka terhadap Nabi begitu tebal. Tiada masa dibuang percuma, melainkan dipenuhi dengan amalan yang bermanfaat. Pada zaman Nabi, tidak pernah terdengar atau terbaca catatan menggambarkan golongan muda yang suka melepak dan membuang masa dengan hal yang menyusahkan orang lain. Jauh sekali mereka melakukan sesuatu perbuatan terlarang. Inilah zaman terbinanya generasi belia yang berkualiti tinggi lengkap dengan pakej iman dan takwa yang padu. 


Gambaran ashabul kahfi oleh penganut kristian

Menurut asy-Syeikh Fathi Yakan, usia muda generasi belia adalah usia yang penuh dengan cita-cita unggul yang mengalir darah yang gemuruh serta memiliki idealisme yang luas. Selain itu, mereka berupaya tinggi menabur jasa malah bersikap berani serta cepat mengambil peluang. Jika dilihat pada pendapat Syeikh Fathi, belia adalah aset berharga kepada agama, bangsa dan negara. 
Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata, tanda pemuda-pemudi Islam yang berhemah tinggi adalah suatu generasi yang mempunyai sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah.
Katanya, antara sifat itu ialah percaya kepada realiti dan mementingkan ilmu pengetahuan, suka beramal dan hidup berjemaah yang kukuh. Selain itu, mereka ikhlas melaksanakan sesuatu amal kebajikan, saling berinteraksi dengan komuniti serta hidup dalam keseimbangan dunia akhirat yang sejati. Mereka mengamalkan hidup bersederhana dan qanaah dengan apa yang dikurniakan Allah.
Namun kini, arus pemodenan dan globalisasi semakin mencengkam jiwa golongan belia, kekukuhan rohaniah dan sahsiah mereka terhakis sedikit demi sedikit sehingga berlaku pelbagai gejala negatif. Banyak sebab terjadi fenomena sedemikian. Antaranya kerana pengaruh rakan sebaya. Mereka gagal memilih rakan yang baik dan beragama sempurna. Kebanyakan gejala negatif seperti melepak dan merempit malah penyalahgunaan dadah kebanyakannya berpunca daripada pengaruh rakan. 

Ingatlah pesanan Nabi Muhamad yang bermaksud:
�Perumpamaan teman yang soleh dan teman yang jahat ialah laksana pembawa wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberimu sedikit ataupun kamu membeli daripadanya sedikit, ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau-bauan yang wangi. Adapun tukang besi sama ada dia membakar bajumu, ataupun kamu mencium daripadanya bau-bauan yang busuk.� (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Inilah pesanan Nabi kepada kita semua supaya bijak memilih rakan kerana kesannya sangat buruk terhadap masa depan dan pembentukan sahsiah.
Daripada pengaruh rakan juga maka merebak nilai negatif seperti pergaulan bebas yang berakhir dengan perlakuan zina. Rakan yang buruk akhlak akan menjebak seseorang memiliki jiwa tidak takut Allah dan tidak ingat kepada kematian.

Sebaliknya jika seseorang itu memiliki rakan yang soleh, sudah pasti akan membawa kepada pembinaan iman dan pemantapan takwa yang utuh sekali gus memperkasakan jati diri sebagai seorang mukmin yang unggul. Jadi, kepada golongan muda belia Islam, diharap bijak memilih rakan supaya diri tidak terjerumus ke lembah yang bertentangan agama.

Belia seharusnya segera bangkit membina sahsiah diri terpuji. Jadilah generasi yang mampu mendokong tamadun ummah dan negara. Bangkit menjadi golongan yang bermanfaat kepada orang lain dan memberikan pengaruh baik dalam lingkungan sekitarnya dan sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Contohilah peribadi Hassan al-Bana, yang memimpin gerakan Ikhwanul Muslim ketika baru berusia 23 tahun.

Teladani jati diri Usamah bin Zaid yang pada usia baru mencecah 18 tahun sudah dipilih memimpin barisan perang. Ikutilah jejak mulia Saidina Ali bin Abi Talib serta Zubair bin Awwam yang ketika berusia 8 tahun pintar, cerdas akal fikiran malah berani di medan perang. Inilah beberapa contoh generasi muda yang hebat. Bagaimana dengan anak muda belia kita sekarang?
Terima kasih  kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 1910 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. 

Tuesday, 31 January 2012

CITA-CITAKU: Kerjaya chef bawa tuah

Oleh FAUZIAH AROF
rencana@utusan.com.my


WANG, populariti dan glamor. Siapa pun tidak dapat menafikan bahawa seorang chef juga boleh menandingi kehebatan seorang artis, ahli politik atau ahli sukan yang terkenal.

Sejak lebih 20 tahun dahulu, chef dianggap antara profesion yang amat menarik dan menguntungkan untuk diceburi.

Seorang chef boleh mengundang rasa kekaguman ramai atas kebolehan dan kreativiti mereka dalam menyediakan pelbagai jenis masakan dengan gabungan seni kulinari. Kita sering mendengar seorang chef mengatakan bahawa, masakan yang enak datangnya dari hati yang ikhlas. Kata-kata itu mempengaruhi sebahagian besar daripada kita apabila memasak di dapur.

Apapun, daya penariknya, ramai yang mahu menjadi chef kerana kerjaya yang dikuasai oleh kaum lelaki itu mampu meraih pendapat yang lumayan.

Ada di antara mereka menimba pengalaman dengan bekerja di hotel-hotel, kemudiannya membuka restoran sendiri dengan menjalankan perniagaan katering, ada yang menghasilkan buku dan beberapa chef terkenal tampil di televisyen mengendalikan rancangan-rancangan masakan mereka sendiri.

Dalam pada itu, minat orang ramai terhadap rancangan-rancangan masakan dan penyediaan makanan di televisyen membuatkan golongan ini terus mendapat perhatian. Di kebanyakan negara, rancangan yang dikendalikan atau dihoskan oleh chef-chef terkemuka mereka ini mendapat rating yang tinggi. Rancangan tersebut turut popular di negara-negara lain.

Di Malaysia, Datuk Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail merupakan chef paling terkenal dan dikatakan menerima pendapatan tertinggi berbanding dengan chef lain di negara ini.

Betapa tidak, beliau yang hampir 30 tahun menceburi bidang itu bermula dari bawah dan kini bakatnya dalam bidang tersebut diiktiraf di peringkat dunia dan menjadi kebanggaan negara.



Rachael Ray

Di peringkat dunia, Rachael Domenica Ray dikatakan seorang chef yang mempunyai pendapatan paling tinggi. Beliau dilahirkan pada 25 Ogos 1968 di Glens Falls, New York, Amerika Syarikat (AS)

Rachael ialah seorang personaliti televisyen terkenal AS yang juga seorang ahli perniagaan dan juga penulis buku.



Beliau mengendalikan program gaya hidup Rachel Ray, tiga siri dalam Food Network, 30 Minutes Meals, Rachael Ray‘s Tasty Travels dan $40 a day.

Selain itu, Ray juga menulis buku berasaskan rancangan 30 Minute Meals dan melancarkan majalah, Every Day with Rachael Ray pada 2006. Rancangan televisyen yang dihoskan beliau telah memenangi dua anugerah dalam Daytime Emmy Awards.

Pada tahun lalu, Ray telah disenaraikan Forbes sebagai selebriti chef yang paling kaya dengan pendapatan sebanyak $18 juta (RM55.4 juta) setahun.

Redzuawan Ismail

Selain seorang chef, Chef Wan yang dilahirkan di Singapura pada 1958 juga seorang pengacara, penulis, dan pelakon. Beliau sebenarnya mempunyai kelayakan menjadi seorang akauntan, bagaimanapun memilih untuk menjadi chef kerana minat memasak yang mendalam, membuatkan beliau menumpukan fokus dan kerjayanya dalam bidang masakan.


Beliau mempunyai ijazah bersekutu dalam Latihan Chef Profesional dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat dan Ritz Diploma Escoffeir dari Hotel Ritz di Paris, Perancis. Pada 2009, beliau memenangi Selebriti televisyen Best Chef daripada Gourmand Cookbook Anugerah Dunia.

Anak sulung daripada tujuh adik beradik ini merupakan Duta Makanan yang dilantik oleh Kementerian Pelancongan pada 2010 kerana menghargai sumbangannya memperkenalkan makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Pada tahun lalu, sumbangannya sekali lagi diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila menerima dua anugerah berpestij daripada National Critics Choice. Anugerah berkenaan ialah Life Time Achievement South East Asia Cuisine menerusi kategori The Hospitality and Dining Awards 2011/2012 dan juga Best Editor‘s Choice Award yang diberikan berdasarkan kejayaan buku masakannya, Best of Wan Taste of Malaysia.

Pada tahun yang sama, beliau telah diberi penghormatan bagi menjayakan program bual bicara pagi, NBC Today yang disiarkan secara langsung untuk saluran NBC di AS.

Program televisyen itu berlintas langsung dari taman rekreasi Suria KLCC dan berlatar-belakangkan bangunan berkembar KLCC yang disaksikan oleh jutaan rakyat AS.

Wolfgang Puck

Wolfgang Johannes Puck dilahirkan pada 8 Julai 1949. Beliau ialah selebriti chef Austria dan pemilik restoran yang turut menjalankan perniagaan katering. Puck pernah diberi gelaran sebagai The Greatest Chef In The World.


Pada tahun lalu, Puck disenaraikan sebagai chef kedua terkaya selepas Ray dengan pendapatan AS$16 juta (RM48.6 juta). Beliau memiliki 15 buah restoran.

Gordon Ramsay

Gordon James Ramsay lahir pada 8 November 1966 di Johnstone, Renfrewshire, Scotland. Beliau juga seorang personaliti televisyen dan pemilik restoran.


Ramsay mengendalikan rancangan televisyen berbentuk pertandingan masakan dan makanan dalam siri British dan versi Amerika iaitu Hell‘s Kitchen, The F Word, Ramsay‘s Best Restaurant dan Ramsay’s Kitchen Nighmares dan MasterChef. Beliau juga mempunyai beberapa buah restoran.

Restoran Gordon Ramsay adalah satu-satunya restoran solo yang berlokasi di Royal Hospital Road, London. Pada 2001, restoran berkenaan diletakkan sebagai restoran paling popular di United Kingdom.

Pada tahun lalu, Ramsay berada di belakang Puck iaitu chef ketiga berpendapatan paling tinggi iaitu AS$7.5 juta (RM22.7 juta).


Tuesday, 24 January 2012

Sepanjang Januari 2012

Sudah  3 perayaan  sepanjang  Januari  2012, iaitu Tahun Baru, Pesta Pongal  dan  Tahun Baru Cina. 
Dengan  semangat  1 Malaysia , belum  terlambat  untuk  mengucapkan  selamat  Tahun Baru , Happy  Pongal  & Gong Xi Fa Cai .

Anda boleh menguji kecerdasan fikiran sebentar disini sambil merujuk kalendar di bawah.

1) Bilakah Pesta Pongal disambut di Malaysia? semak jawapan anda di sini
2) Horoskop haiwan apakah bagi sambutan Tahun Baru Cina 2012? semak jawapan anda di sini
3) Apakah  sejarah Pesta Pongal & Tahun Baru Cina?  semak jawapan anda di sini & sini


Boleh hantarkan jawapan anda di ruangan komen di bawah.
National Holiday
State Holiday
School Holiday
Cultural / Special Day
JANUARY
Sun
Mon
Tue
Wed
Thu
Fri
Sat
Sun
Mon
Tue
Wed
Thu
Fri
Sat







2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
17
18
19
20
21
22
25
26
27
28
29
30
31